CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 3, 2009

Selamat berjuang...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah belajar kat USIM. Tidak lama lagi masing-masing membawa diri dan membuat haluan sendiri,yang tinggal hanyalah kenangan. Semoga ukhwah yang terjalin kekal hingga akhir hayat. Masa itu seperti air sungai yang mengalir,begitu cepat berlalu dan tidak akan berulang semula. Selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku sekalian dalam menempuhi peperiksaan yang bakal tiba. Bittaufiq wannajah.

Wednesday, September 16, 2009

رمضان كريم وعيد المبارك

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Sudah sekian lama aku tidak mengupdate blog ni,dh bersarang sebab lama sangat tak buka. kalau difikir2 balik tak guna jgk ada blog klu tak update. Pada aslnya buat blog ni pun sebab assignment kalau tak,tak rajin gak nak buatnya. Setelah membaca blog2 org lain seperti blog Saifulislam,Faisal Tehrani itu yang menyebabkan terdetiknya hati aku untuk update blog ni walaupun xde benda yang nak ditulis. Bulan Ramadhan dh nk meninggalkn kita,sedih rasanya dan dua tiga hari lagi kita akan menyambut hari raya. Di kesempatan ni aku ingin mengucapkan ramadhan kareem dan selamat hari raya,kullu 'am wa antum bikhair.
syukran..

Tuesday, February 17, 2009

Apa yang penting,kerjasama.






USIM Today edisi kelima




Hari ni USIM Today edisi ke-5 dah keluar, bagi aku edisi kelima ni lebih cantik dan kemas berbanding edisi2 lepas. Ini bermakna kami semua makin ada improvement dalam menghasilkan USIM Today.

First of all, aku ucapkan tahniah kepada semua journalism's students dan ketua editor iaitu A'isyah Sukaimi, merupakan orang kuat dan menjalankan tugas dengan baik sekali. Tak lupa juga kpd en.Faizal dan mdm.Adzrah yang tak jemu2 memberi tunjuk ajar dan membantu kami,tanpa mereka tak mungkin kami boleh sampai ke tahap ini,thanks a lot sifu.

Esok kami akan adakan post-mortem USIM Today bersama mdm.Adzrah dan esok juga kami akan menjalankan tugas iaitu beroperasi menjual paper tersebut. Sebenarnya jual USIM Today ni merupakan satu cabaran besar juga tau because many of students tak berminat sangat untuk membelinya walau pun harganya hanya 50 sen.

Untuk edisi keenam, kami perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana edisi akan datang kami akan menghasilkan USIM Today print dan online. Insya-Allah edisi akan datang kami akan buat yang terbaik dan lebih menarik lagi, juga merupakan our last edition,chaiyok2!!.





Monday, February 9, 2009

-Campus Quirk-


jeans, pakaian yg diminati remaja sekarang


Ramai remaja yang suka memakai jeans samada lelaki atau perempuan dan merupakan trend pemakaian pada hari ini.. Ianya bukanlah sesuatu yang pelik tapi yang menjadi peliknya apabila ada sesetengah remaja yang bergelar pelajar universiti islam memakainya ketika di dalam kampus.

Aku pernah ternampak beberapa pelajar memakai jeans dengan bangganya datang ke kampus tanpa mempedulikan peraturan pemakaian. Ia menjadi sesuatu yang pelik jika Sebuah universiti yang digelar "Universiti Sains Islam Malaysia" memakai jeans semasa di kampus. Adakah menjadi kesalahan memakai jeans di kampus?apakah jawapan anda?

Terang dan nyata di dalam buku peraturan menyatakan bahawa pelajar tidak dibenarkan memakai jeans di dalam kampus tapi masih ada segelintir mereka yang berbuat demikian.

Memakai jeans dilarang kerana ia bukan pakaian formal dan kurang sopan terutamanya bagi perempuan. Jika mereka memakai di luar kampus ianya tidak menjadi satu kesalahan.

Ianya boleh dipakai sekiranya menutup aurat tapi hakikatnya jeans tidak sesuai kepada wanita. Sebagai pelajar islam kte kna mengambil berat dalam berpakaian dan ikhlas menutup aurat.

Aduhai Nasib...

kita xboleh jangka sesuatu benda akan terjadi kan?? klu kita dapat jangka apa akan terjadi, pasti perkara buruk xkan berlaku. Dalam sehari dua ni,aku ngan kawan aku kna tipu. Habis duit aku,dalam sekelip mata je. Sebelum ni nak beli ape2 pun fikir dua tiga kali, tapi ari tu entah la mcm mana blh tertipu. Malu rasanya pada kawan2 tp nasib baik kawan2 aku banyak memberi nasihat dan semangat pada aku.Dah la dalam kepala ni mcm2 benda kna fikir dengan assigmentnya yg berlambak,dengan proposal tesisnya yang belum siap2 tmbah pulak dengan masalah ni,pening kepala aku.Hai nasib badan la...Dah xde rezeki nak buat mcm mana. Lain kali aku mesti berhati-hati supaya tidak tertipu lg,jgn sampai pisang berbuah dua kali. kepada kawan2 juga berhati-hatilah kerana kita tidak dapat duga sesuatu akan menimpa diri kita.

Sunday, February 8, 2009

Jangan Pandang Remeh










senarai barangan keluaran Israel

Hari ini, sana sini membincangkan isu boikot barangan israel dengan menampal iklan,menyebarkan sms dan sebagainya, tp ada sesetengah pihak memandang perkara ini ialah sesuatu yang tidak penting dan perkara kecil.

Walaupun kita fikir ianya satu perkara kecil tapi kita perlu sedar ianya merupakan tanggungjawab kita sebagai umat islam dalam membantu saudara seakidah kita.

Masih ada lagi kawan2 kita yang tidak berbuat demikain, masih ramai lagi yang mengunjungi KFC, Mc Donald dan sebagainya. cuba kita fikir, kita makan KFC seolah-olah kita makan daging saudara seislam kita sendiri.

Memang sukar untuk kita berbuat demikian tapi tidak mustahil untuk kita mencuba kan?Semuanya terpulang pada diri kita sendiri, tepuk dada tanyalah iman.

Saturday, February 7, 2009

FATWA PENGHARAMAN YOGA OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Yoga merupakan falsafah ilmu Hindu yang membabitkan gerakan fizikal serta bacaan mentera dengan matlamat penyatuan diri dengan tuhan Brahma yang bertentangan dengan syariat islam.

Oleh yang demikian , pada 22 November 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan umat islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dikhuatiri menghakis akidah.

Yoga didakwa mampu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Pengharaman tersebut menyebabkan tercetus kontroversi dan perdebatan hangat di kalangan masyarakat terutamanya bagi mereka yang mengamalkan yoga semata-mata untuk bersenam.

Walau bagaimanapun, fatwa tersebut tidak melibatkan golongan bukan islam dan mereka bebas untuk mempraktikkannya.

Thursday, February 5, 2009

Catatan Gaza

Azab tak sudah rakyat Palestin yg menagih simpati bantuan asing seolah-olah dinafikan segelintir negara jiran yg sengaja m'perkenalkan pelbagai sekatan dan kawalan di sempadan sejak Israel mula menyerang Gaza lebih sebulan lalu.

Sehingga kini, berpuluh treler berisi bantuan ubat dan makanan kpd mangsa Gaza terus tersadai di bahu jalan berhampiran pintu masuk sempadan Rafah-Mesir.

Jika ditanya kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di disitu, kebanyakan mereka memberi jawapan sama iaitu pihak berkuasa sempadan Mesir tidak memberikan kerjasama sebaliknya terlalu banyak karenah birokrasi dipenuhi.