CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 7, 2009

FATWA PENGHARAMAN YOGA OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Yoga merupakan falsafah ilmu Hindu yang membabitkan gerakan fizikal serta bacaan mentera dengan matlamat penyatuan diri dengan tuhan Brahma yang bertentangan dengan syariat islam.

Oleh yang demikian , pada 22 November 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan umat islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dikhuatiri menghakis akidah.

Yoga didakwa mampu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Pengharaman tersebut menyebabkan tercetus kontroversi dan perdebatan hangat di kalangan masyarakat terutamanya bagi mereka yang mengamalkan yoga semata-mata untuk bersenam.

Walau bagaimanapun, fatwa tersebut tidak melibatkan golongan bukan islam dan mereka bebas untuk mempraktikkannya.

1 comments:

Unknown said...

so, kepada orang Islam jagan nak pandai-pandai cakap yoga tu halal